Tuesday, August 23, 2011

8 cara tenangkan hati dlm 30 saat

Setiap hari, pasti masing-masing akan melalui dugaan kehidupan yang tersendiri. Sehingga ada yang merasakan mereka tidak mempunyai masa untuk menenangkan hati atau perasaan mereka walaupun sekejap. Tetapi ia sebenarnya hanya boleh dilakukan dalam masa 30 saat. Antara cara yang anda boleh cuba adalah..
(1) Bernafas dalam-dalam- 70% sisa yang berada didalam tubuh berjaya dihapuskan apabila anda bernafas dalam-dalam. Anda boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut, dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda.
(2) Ikrar atau azam- Sekiranya anda sedang berada didalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah, tanamkan azam yg mampu anda lakukan untuk berusaha mengatasi masalah tersebut. Cara ini bukan sahaja akan menenangkan hati anda, malah ia akan lebih memberi keyakinan untuk anda menempuhi masalah yang sedang dihadapi dengan kadar segera.
(3) Regangkan badan- Sekiranya anda sedang berada didalam tekanan, lakukan sedikit regangan untuk mengurangkannya.
(4) Senyuman- Hanya dengan senyuman, ia mampu membebaskan tekanan dan ketegangan otot pada wajah anda. Selain itu, ia bukan sahaja membantu untuk menenangkan hati anda sahaja, malah turut menenangkan orang lain apabila melihat anda.
(5) Minum air- Kandungan air didalam otak anda adalah kira-kira 75%, ia juga adalah tempat paling mudah untuk kekurangan air. Otak anda memerlukan air untuk berfikiran lebih jelas. Apabila anda berjaya untuk memikirkan sesuatu itu dengan jelas, secara tidak langsung ia akan membantu menenangkan hati anda.
(6) Pejam mata- Pejam mata sebentar dan cuba bayangkan perkara yang boleh menenangkan hati anda. Sebagai contoh, bayangkan mengenai percutian yang pernah anda lalui, kenangan bersama ahli keluarga atau sebagainya.
(7) Dengar lagu- Memang tidak dapat dinafikan, lagu amat memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi emosi seseorang. Sekiranya anda mendengarkan lagu yang berbentuk sentimental atau perlahan, ia secara tidak langsung akan turut menenangkan hati dan perasaan anda.
(8) Termenung sebentar- Mungkin ramai yang menyatakan bahawa termenung tidak memberikan apa-apa manfaat didalam kehidupan. Tetapi, ia sebenarnya dapat membantu menenangkan hati seseorang. Sekiranya anda sedang berada didalam kerungsingan, tiada masalah untuk termenung sebentar tetapi jangan terlalu mengikut perasaan.

b4 tido

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….
“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
- Bismillaahirrohmaanirrohiim, Qulhualloohu ahad’ Alloohushshomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakullahuu kufuwan ahad’ ( 3 x )

2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
- Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii ‘alaa syaidinaa Muhammad wa’alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
- Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih ( 3 x )

4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh”
- Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Monday, August 22, 2011

personaliti melalui jenis darah

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

sumber: http://www.gilerkentang.com